*Berdoalah 14 Waktu Mustajab Ini Jika ingin Doa Anda Dimakbulkan*

1. *Saat azan berkumandang*
Dari Sahl bin Saad r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ”Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak: Doa pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk.” (HR. Abu Daud, Baihaqi, dan Hakim)

2. *Doa di antara Azan dan iqamah*
Dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Doa antara azan dan iqamah tidak ditolak, maka berdoalah kamu” (HR. Ahmad)

3. *Sebelum Salam pada saat Solat Wajib*
“Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah doa kita didengari oleh Allah? Baginda bersabda: “Di akhir malam dan di akhir solat wajib” (HR. Tirmidzi, 3499)
Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma’ad (1/305) menjelaskan bahwa yang dimaksud *akhir solat wajib adalah sebelum salam.* Dan tidak terdapat riwayat bahawa Nabi s.a.w. dan para sahabat merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah salam.

4. *Di hari Rabu, antara Zuhur dan Asar*
Sunnah ini belum diketahui oleh kebanyakan kaum muslimin, iaitu dikabulkannya doa di antara solat Zuhur dan Asar di hari Rabu. Ini diceritakan oleh Jabir bin Abdillah r.a. :
“Nabi s.a.w. berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu di antara dua solat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau. Berkata Jabir : “Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa, dan saya mendapati dikabulkannya doa saya.”
“Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu di antara solat Zuhur dan Asar” (HR. Ahmad, no.14603, Al-Haitami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, berkata: “Semua perawinya tsiqah”, juga disahihkan Al-Albani di Sahih At-Targhib, 1185)

5. *Saat bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci*
Dari Amr bin Abasah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengkabulkannya.” (HR. Ibnu Majah)

6. *Saat berbuka puasa bagi orang yang berpuasa*
Dari Abdullah bin Amr Ash r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, ”Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim)

7. *Doa pada waktu sujud dalam salat*
Doa di kala sujud iaitu sujud dalam solat atau sujud-sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah, dan sujud sahwi. Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ”Saat yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah doa.” (HR. Muslim)

8. *Saat sedang kehujanan*
Dari Sahl r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dua doa yang tidak pernah ditolak, doa pada waktu azan dan doa pada waktu kehujanan.” (HR. Hakim)

9. *Saat Melihat Sakratul Maut*
Dari Ummu Salamah bahwa Rasulullah s.a.w. mendatangi rumah Abu Salamah pada hari wafatnya, dan beliau mendapatkan kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau memejamkannya, kemudian berkata,

”Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya.” Semua keluarga menangis. Beliau lalu bersabda, ”Janganlah kamu berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, sebab para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan.”(HR. Muslim)

10. *Sesaat di Hari Jumaat*
“Rasulullah s.a.w. menyebutkan tentang hari Jumaat kemudian beliau bersabda: “Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta.” Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut.” (HR. Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Hurairah r.a.)

11. *Pada malam Lailatul Qadar*
Allah SWT berfirman, “Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Q.S Al-Qadr :3-5)

12. *Doa pada hari ‘Arafah*
Dari Amr bin Syu’aib dari bapanya dari datuknya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ”Sebaik-baik doa adalah pada hari ‘Arafah” (HR.Al-Tirmidzi)

13. *Sepertiga akhir malam*
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tuhan kita yang Maha Berkah dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, “Barangsiapa berdoa kepada-Ku pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepada-Ku pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunan-Ku pasti Aku ampuni’” (HR.Bukhari)
Amr bin Abasah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Saat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada sepertiga malam yang terakhir. Kerana itu, jika kamu mempu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka lakukanlah.” (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

14. *Saat Minum Air Zamzam*
“Khasiat Air Zam-zam itu sesuai niat peminumnya” (HR. Ibnu Majah, 2/1018. Disahihkan Al-Albani dalam Sahih Ibni Majah, 2502)