Bahasa Melayu Brunei ~ Segmen 1

Assalamualaikum, ok hari ini saya nak mulakan satu segmen yang saya fikir mungkin dapat membantu sedikit sebanyak anda yang bakal membuat kunjungan ke Negara Brunei Darussalam atau sesiapa sahaja yang memang berminat mendalami pelbagaI bahasa di dunia ini.

Melalui blog OCS ini dan dengan merujuk kepada Kamus Bahasa Melayu Brunei (gambar atas) yang saya perolehi tatkala bertugas di sebuah syarikat akhbar di Brunei ini, saya akan cuba paparkan dari semasa ke semasa perkataan pilihan untuk tatapan dan pengetahuan pembaca semua.

Untuk info, Kamus Bahasa Melayu Brunei ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam.

Cetakan Pertama adalah pada 1991 manakala Cetakan Kedua pada 1998.

Ok untuk hari ini (10/10/2020), sebagai mukaddimah segmen ini, saya pilih lima perkataan Bahasa Melayu Brunei untuk dipaparkan di blog ini.

1. NGALIH ~ letih, penat atau lelah.

2. MUN ~ jika atau kalau.

3. BUNTAK ~ pendek

4. PAMATA ~ mata kail.

5. MATAH ~ belum masak, mentah.

Insya Allah, segmen ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada ruang masa yang ada. Aamiin Yaa Rabbal Alamiin.

Semoga bermanfaat.

Author: onerazzc
Journalist here and there since 1984 Android Mobile Application Developer Internet Marketer