Khasiat Limau Kasturi

Limau kasturi adalah salah sejenis buah yang banyak digunakan dalam kegunaan masyarakat Asia Tenggara kerana setiap perahannya memberikan rasa yang sangat sedap dan segar samada didalam makanan mahupun minuman.

Aromanya yang harum dan menyegarkan terasa tenang jika dihidu.

 Ia juga mengandungi kandungan vitamin C dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.

Mengandungi sebatian antibakteria yang bagus, limau kasturi berfungsi sebagai deodoran semula jadi kerana boleh menyelesaikan masalah bau badan dengan beberapa cara.

Ubat Demam

Petik 2-4 genggam daun limau nipis, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan itu untuk menuam pesakit yang demam dengan merendam kain dengan air rebusan dan diperah, lalu diletakkan didahi.

Ubat Kurus

Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam. Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.

Ubat Pening Kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air. Pastikan anda menghalakan cecair itu kearah hidung semasa ia terpancut.

Ubat Lelah

Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli). Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah. Cukuplah diamalkan seminggu.

Ubat Hilang Bau Ketiak

Siapkan limau nipis yang telah dicampur dengan kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan dengan kerap pagi dan petang.

Ubat Batuk

Campurkan limau, kicap dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam.

Semoga Bermanfaat.

Author: onerazzc
Journalist here and there since 1984 Android Mobile Application Developer Internet Marketer

Leave a Reply