Tangani kemelut di tempat kerja…

KEMELUT ada di mana-mana…termasuk di tempat kerja anda!…

Justeru, apa reaksi atau tindakan anda apabila berdepan dengan situasi sebegini. Apatah lagi apabila si A dan si B adalah staf yang tidak dapat tidak perlu bergantian menjalankan tugasan luar (field work) dengan anda.

Saya rasa pastinya ada di kalangan pembaca blog OCS ini yang pernah atau sedang berdepan dengan keadaan sedemikian. Jika benar apa yang perlu anda lakukan?…

Ok saya nak kongsilah sikit pengalaman sebegini yang saya alami tatkala bertugas dengan sebuah jabatan kerajaan sebelum bertukar ke profesi kewartawanan.

Ketika itu usia masih muda dan bila dapat kerja serta ditugaskan di satu daerah di sebuah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, saya sungguh terkejut bila secara ‘sulit’ dimaklumkan dua staf yang ‘wajib’ bergantian tugas luar dengan saya sedang dalam situasi berkemelut.

Keesokan harinya bermulalah jadual tugasan luar yang perlu saya galas iaitu berjumpa dengan rakyat sambil menyampaikan mesej kerajaan yang memerintah ketika itu.

Sepanjang perjalanan ke lokasi sasaran, saya dilontarkan dengan pelbagai ‘cerita’ oleh si A mengenai si B yang sedang ‘perang dingin’ ketika itu.

Sebagai orang baru, saya sekadar menjadi ‘a good listener’ dan tidak membuat sebarang komentar kerana hanya mendengar cerita sebelah pihak.

Dua hari kemudian, tiba giliran si B pula keluar melaksanakan tugasan di lokasi yang berbeza dan kami perlu bermalam di sebuah  kampung kerana jarak yang jauh ke pedalaman.

Para pembaca mesti dah dapat agak kan berapa banyak pula ‘cerita’ yang saya dapat daripada si B mengenai si A.

Ya memang benar amat banyak dan setelah menerima ‘pengisian cerita asas’ daripada kedua-dua belah pihak staf A dan staf B ~  saya dapat sedikit sebanyak membuat kesimpulan awal bahawa ‘aku tidak boleh mencurah minyak’ ke atas kemelut ini.

Bahaya!!!…kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan tugasan kita malah mampu menjadikan suasana kemelut lebih parah jika tiada usaha ‘perdamaian’ dilakukan.

Gunung Kinabalu ~ pix by Onerazz

Sepanjang hampir tiga tahun bertugas di jabatan itu dan sebelum beralih angin ke bidang kewartawanan pula, saya memang berusaha sedaya mungkin untuk ‘mengharmonikan’ mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Dengan harapan keadaan mampu kembali pulih.

Namun sehingga kini saya tidak memperoleh maklumat sama ada kedua-dua mereka yang berkemelut itu akhirnya menamatkan ‘perang dingin’ mereka.

Sehubungan itu, saya nak bagi tip lah sikit ya…jika anda ada berdepan dengan situasi sebegini di tempat kerja, cubalah ‘ be a good listener’ apabila dua atau lebih individu yang berada dalam situasi kemelut ini ‘bercerita’ mengenai ‘seteru’ masing-masing.

Cuba elak membuat komentar seolah-olah anda menyebelahi si A atau si B, kerana PERCAYALAH….ia bagaikan mencurah minyak ke api yang sedang marak!…

Tulisan saya ini bukan nak menunjukkan saya ni kononnya orang baik ke apa, tetapi percayalah sekadar nak berkongsi pengalaman yang pernah saya alami setelah pertama kali menjejakkan kaki ke alam pekerjaan di usia muda.

Saya berharap semoga garapan kisah lama ini dapat dibaca oleh generasi saya yang akan datang sekali gus menjadi pedoman untuk semua.

Semoga Bermanfaat.

Author: onerazzc
Journalist here and there since 1984 Android Mobile Application Developer Internet Marketer

Leave a Reply