Anda ‘Extrovert’ atau ‘Introvert’…

KEBIASAANNYA individu yang dikategorikan sebagai extrovert dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam sesuatu kumpulan,

Mereka ini gemar bergaul dengan orang lain serta tidak segan silu menyatakan pandangannya. Individu terbabit keluar dari titik rujukan dirinya.

Mereka mudah mengadaptasikan dan mengasimilasi dirinya dengan individu lain.

Individu extrovert juga dilihat sebagai begitu ketara dalam menyampaikan sesuatu pandangannya.

Sementara itu individu yang introvert pula dikatakan lebih melihat ke dalam mengenai dirinya.

Mereka dilihat lebih suka menyendiri dan kurang suka menonjolkan diri dalam kumpulan manakala titik rujukan dirinya pula adalah dalam dirinya sendiri.

Individu yang extrovert suka menonjolkan dirinya dan berasa seronok berada dalam keadaan yang memberikan tumpuan kepada dirinya.

Mereka dilihat suka pada kerja-kerja yang banyak melibatkan perhubungan awam dan interaksi sosial.

Bentuk-bentuk kerja termasuk yang membabitkan perkhidmatan pelanggan adalah secocok dengan mereka.

Menurut kandungan buku ‘NLP Rahsia Sains & Seni Kejayaan Diri’ hasil tulisan Md. Taib Mat, antara lain menerangkan bahawa individu introvert pula lebih suka kepada kerja-kerja yang tidak banyak melibatkan hubungan luar.

Karangan tersebut merupakan “sebuah buku lengkap pengamalan Neuro Linguistic Programming” yang pertama dalam Bahasa Malaysia.

Kandungan buku tersebut seterusnya menyatakan bahawa individu introvert berasa agak kekok dan kurang selesa dalam situasi yang melibatkan banyak interaksi sosial.

Bagaimanapun ini tidak bermakna mereka tidak sukakan individu lain tetapi itu adalah gaya penapis mindanya beroperasi.

Jadi selepas membaca tulisan ini, saya fikir anda dapatlah menelah dalam kategori mana diri anda sebenarnya…Extrovert atau Introvert

Semoga bermanfaat.

Author: onerazzc
Journalist here and there since 1984 Android Mobile Application Developer Internet Marketer

Leave a Reply