Bahasa Melayu Brunei ~ Segmen 2

Assalamualaikum untuk semua pembaca blog OCS. doa semoga kita semua dianugerahi rezeki yang melimpah ruah, kesejahteraan, ketenangan jiwa dan dilanjutkan usia sekali gus terus beramal ibadah kehadrat Allah S.W.T. Aamiin Yaa Rabbal Alamiin.

Untuk segmen kedua Bahasa Melayu Brunei kali ini, saya pilih lima lagi perkataan dengan merujuk Kamus Bahasa Melayu Brunei yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

Lima perkataan pilihan hari ini ialah ~

1. Ampus ~ penyakit sesak nafas, asma.

2. Angap ~ tertahan-tahan atau terhenti-henti
                     ketika bercakap, gagap.

3. Batah ~ lama (waktu)

4. Capi; Capi-capi ~ kurang sopan, tidak
                    senonoh (dalam perbuatan,
                    percakapan)

5. Padah; Memadahkan ~ memberitahu

Sekian dulu untuk segmen kali ini.

Semoga Bermanfaat.

Author: onerazzc
Journalist here and there since 1984 Android Mobile Application Developer Internet Marketer

Leave a Reply