Dapatkan apa yang anda mahu!

KEHIDUPAN kita semua tanpa mengira usia berkisar pada mendapatkan apa yang kita mahu.

Kita mempunyai pelbagai kemahuan pada setiap masa.

Setiap saat masa kehidupan dipenuhi oleh kehendak tertentu.

“Mendapatkan apa yang kita mahu” disebut sebagai matlamat dalam bahasa yang lebih formal.

Buku bertajuk “NLP Rahsia Sains dan Seni Kejayaan Diri” karangan Md. Taib Mat ada menjelaskan bahawa daripada kanak-kanak kecil yang dahagakan susunya, pelajar sekolah yang mengidamkan seberapa banyak A, bapa yang mengharap sebuah keluarga bahagia, orang tua menagih belaian kasih sayang adalah antara aneka ragam kemahuan tersebut.

NOTA: NLP adalah singkatan Neuro Linguistic Programming.

Buku tersebut di bahagian Bab 4, bertajuk “Dapatkan Apa yang Anda Mahu” menjelaskan bahawa kemahuan juga boleh diistilahkan sebagai matlamat, kehendak, keinginan, hajat, impian, cita-cita dan lain-lain.

Buku itu menegaskan lagi bahawa, setiap kelakuan kita mempunyai tujuannya, iaitu untuk mengisi sesuatu keinginan atau kehendak.

Apa yang kita lakukan adalah terjemahan daripada tujuan kita. Kita berikan setiap tujuan kita maknanya. Makna inilah menjadi alasan bagi kita melakukan sesuatu untuk mencapai tujuan matlamat tersebut.

Banyak bukti yang boleh kita lihat bahawa manusia adalah sistem pencapaian matlamat.

Matlamat pula adalah pemandu yang memacu kehidupan kita. Kejayaan mencapai setiap matlamat dalam apa jua bentuk memberi kepuasan diri dan kegagalan mengakibatkan sebaliknya.

Dalam kes ekstrem, ada yang sanggup mencabut nyawa sendiri.

Kandungan buku tersebut turut menggariskan bahawa dalam pengamalan NLP, menjana hasil atau outcome adalah perkara utama dan adalah pemandu arah tuju pada semua aktiviti yang kita lakukan. Ia merupakan hasil yang diingini.

Outcome adalah sesuatu matlamat yang dibentuk secara spesifik yang memberikan kita kefahaman yang jelas pada tindakan yang perlu dibuat.

Buku itu turut menyatakan perubahan diri adalah satu perjalanan daripada keadaan sekarang yang kurang memuaskan ke satu keadaan diri yang kita inginkan.

Dalam erti kata lain ” apa yang kita inginkan” itu adalah outcomenya.

Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai amalan NLP anda boleh membeli buku karangan pakar NLP ini bertajuk “NLP Rahsia Sains dan Seni Kejayaan Diri” 

di mana-mana kedai buku yang ada menjualnya.

onerazzc
Author: onerazzc
Journalist here and there since 1984 Android Mobile Application Developer Internet Marketer