Sudahkah anda tahu?…

Bahawa ikan yang ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus Alaihissalam  itu ternyata masih hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Perkara ini sudah dijelaskan dalam Al-Quran: Andai Yunus itu tidak beristighfar, tentu dia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan.

SUDAHKAH anda tahu…

Bahawa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, sudah diperlihatkan perjalanan hidupnya mulai dari lahir sehingga meninggal dunia kerana  itu, kadang-kadang ketika kita berkunjung ke beberapa tempat yang baharu, tetapi kita merasakan seolah-olah tempat tersebut sudah tidak asing bagi kita.

SUDAHKAH anda tahu…

Bahawa ketika kita bersin, seluruh anggota tubuh kita berhenti berfungsi, seolah-olah mati, ini terjadi dalam hitungan saat, setelah itu berfungsi normal kembali, inilah kenapa dalam Islam di sunnahkan membaca Alhamdulillah setelah bersin, sebagai ungkapan syukur atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

SUDAHKAH anda tahu…

Bahawa menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk, tetapi itu adalah pertanda bahawa tubuh kita memerlukan tambahan oksigen

SUDAHKAH anda tahu…

Bahawa memakan kurma dalam jumlah genap itu akan menghasilkan gula darah, kerana itu Rasulullah S.A.W menganjurkan kita untuk memakannya dalam jumlah ganjil, agar berubah menjadi karbohidrat.

SUDAHKAH anda tahu…

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan itu adalah  waktu yang mustajab untuk berdoa.

SUDAHKAH anda tahu…

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita solat?

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia membawa bersama semua dosa-dosanya, kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua punggungnya, maka ketika tiap kali ia rukuk atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa tersebut”.

Justeru wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya, tenanglah… dan tahanlah lebih lama rukuk dan sujudmu, agar lebih banyak lagi berguguran dosa-dosa mu.

SUDAHKAH anda tahu…

Bahawa diceritakan ada seorang wanita solehah yang  meninggal dunia, maka tiap kali penduduk kampung menziarahi  kubur, mereka mencium harumnya mawar dari dalam kubur, kemudian suaminya menjelaskan, bahawa isterinya itu semasa hidup selalu membaca surah Al-Mulk, setiap kali mahu tidur.

Sesungguhnya surah Al-Mulk itu menyelamatkan daripada siksa kubur.

SUDAHKAH anda tahu…

Bagawa ketika kita membaca ayat Qursi tiap usai solat,  maka tidak ada penghalang antara kita dan syurga kecuali maut.

SUDAHKAH anda tahu…

Bahawa para malaikat mendoakan kita ketika usai solat, kerana itu janganlah terburu-buru untuk beranjak dari posisi duduk solat.

Semoga bermanfaat.
Aamiin Yaa Rabbal’alaamiin.

onerazzc
Author: onerazzc
Journalist here and there since 1984 Android Mobile Application Developer Internet Marketer