Kaedah Berbekam untuk kesihatan…

l

BERBEKAM adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Kaedah pengubatan ini bertujuan mengeluarkan darah mengandungi toksin (racun) berbahaya dari badan melalui permukaan kulit.

Berbekam ditakrifkan sebagai proses detoksifikasi yang sesuai dan selamat untuk manusia.

Ramai berpendapat bahawa berbekam sangat berkesan untuk melegakan kesakitan sekaligus memulihkan fungsi tubuh badan.

Menurut Dr Aiman Al-Husaini, seorang pakar psikitri berasal dari Mesir dan mengarang banyak buku perubatan termasuk mengenai kelebihan berbekam, menjelaskan bahawa bangsa Mesir purba adalah bangsa yang lebih dahulu menggunakan teknik bekam.

Ini menurutnya, kerana mereka mengetahui mengenai kelebihan yang wujud dalam teknik berbekam untuk menyembuhkan penyakit seperti dibuktikan melalui penemuan ukiran peralatan berbekam di merata dinding kubur.

Berikut disenaraikan di antara manfaat amalan berbekam ~

* Selain dapat mengamalkan sunnah Baginda Rasulullah S.A.W dalam pengubatan ia juga dengan izin Allah S.W.T dapat meningkatkan daya tahan tubuh badan.

* Mengeluarkan darah bertoksik, melancarkan peredaran darah yang tersumbat serta meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

* Membantu menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.

* Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.

* Membantu menajamkan penglihatan dengan membetulkan urat saraf yang tersumbat dan menjejaskan peredaran darah ke mata yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Sebenarnya banyak lagi manfaat berbekam ini dan akan saya paparkan lagi dalam posting yang akan datang.

Apa pun bagi anda yang berada di sekitar Limbang dan negara jiran yang berhasrat mendapatkan khidmat berbekam boleh menghubungi sahabat saya Maulana Pian melalui talian +60138528862.

Saudara Pian tidak menetapkan bayaran bagi khidmat berbekam disediakannya. Bersedekahlah “seangkat hati”.

Justeru, sila Call atau WhatsApp untuk membuat janji temu terlebih dahulu ya…(justeru sekarang negara masih lagi di bawah PKP, maka ada baiknya diadakan perbincangan awal dengan Saudara Pian).

Semoga Bermanfaat.

onerazzc
Author: onerazzc
Journalist here and there since 1984 Android Mobile Application Developer Internet Marketer