Seloka Muhibah

Oleh Onerazz

Malaysia tercinta pelbagai bangsa

Rakyat hidup penuh muhibah

Tak kira bangsa atau agama

Segala rintangan bersama disanggah

Rakyat hidup penuh muhibah

Bersatu teguh bercerai roboh

Saling hormat amalan berhemah

Keamanan negara semakin teguh

Photo by Ben Cheung on Pexels.com

Bersatu teguh bercerai roboh

Amalan wajib warga Malaysia

Gendang dipalu beduk ditabuh

Cemerlang gemilang sepanjang masa

onerazzc
Author: onerazzc
Journalist here and there since 1984 Android Mobile Application Developer Internet Marketer