Bahasa Melayu Brunei ~ Segmen Ketiga

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera

Berjumpa lagi kita dalam segmen Bahasa Melayu Brunei.

Seperti biasa rujukan kita adalah Kamus Bahasa Melayu Brunei yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam.

Lima lagi perkataan pilihan dalam Segmen Ketiga ini ialah:

1. Bah ~ kata untuk menyatakan arahan atau persetujuan, misalnya: Bah makan tah dulu, au bah.

2.  Ambung ~ sombong

3.  Ambuk ~ monyet, kera

4. Babu ~ 1 emak, ibu; 2 panggilan untuk perempuan yang agak tua (emak atau ibu mertua, emak atau ibu saudara);
Babunya panggilan suami kepada isteri.

5. Baina ~ bersungguh-sungguh, hati-hati (pekerjaan dll).

Semoga Bermanfaat.

onerazzc
Author: onerazzc
Journalist here and there since 1984 Android Mobile Application Developer Internet Marketer