Gempar! Pengorbanan Neelofa

KUALA LUMPUR – Tiada siapa yang menyangka pengacara dan pelakon popular tanah air akan berniqab. Ya berniqab!

Menurut laporan akhbar Harian Metro, Neelofa dipetik sebagai berkata “Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah. Kali pertama terfikir nak pakai niqab saya sendiri tak pernah terbayang pun.

“Tapi, selepas tahu ganjaran yang akan diperoleh, maka saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia ini,” katanya ketika sesi live di Instagram.

Tambahan dengan bacaan hadis yang beliau lakukan, beliau tertarik dengan persoalan yang dilontarkan oleh isteri Baginda Rasulullah iaitu Ummu Salamah kepada Rasulullah S.A.W.

“Dikatakan isteri solehah, wanita solehah, wanita syurga serta tak kira apa rupa wanita itu, jika dia menunaikan solat, puasa di bulan Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatan diri, maka dia jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.

“Menerusi kitab yang saya baca, Ummu pernah bertanya kepada Rasulullah antara wanita dunia dan bidadari syurga siapa lebih cantik?. Kemudian Baginda menjawab wanita dunia atau isteri solehah ini jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.

“Ummu bertanya lagi kenapa? Rasulullah menjawab, mereka jauh lebih cantik sebab menjaga solat, puasa, ibadah mereka kepada Allah dan Allah menutupi wajah mereka dengan cahaya.

“Kecantikan seseorang yang beralaskan cahaya Allah ini tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran. Kurniaan cahaya ini juga tidak diberikan kepada bidadari syurga tapi diberikan khas kepada wanita dunia atau isteri solehah,” katanya.

Sumber : Harian Metro & Internet

onerazzc
Author: onerazzc
Journalist here and there since 1984 Android Mobile Application Developer Internet Marketer