Aktiviti hiking banyak manfaat

SEJURUS selepas banyak kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) akibat pandemik Covid-19 dilaksanakan kerajaan, ramai dalam kalangan rakyat mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah termasuklah hiking di pelbagai lokasi yang dibenarkan.

Namun rakyat tetap sentiasa diberi peringatan dan nasihat agar mematuhi SOP demi memastikan rantaian virus Covid-19 dapat terus dihalang sekaligus membebaskan negara daripada belenggu penyakit berbahaya itu.

Bagi sekumpulan rakan karib di Keningau, Sabah, mereka melakukan aktiviti hiking hampir pada setiap hujung minggu dengan memilih beberapa lokasi berbeza dan sudah tentu fokus utama mereka adalah demi kesihatan selain untuk menakluk kemuncak bukit yang mereka kunjungi.

Daerah Keningau memang memiliki banyak lokasi menarik untuk para pecinta aktiviti hiking.

Di antaranya ialah Bukit Trig dan Bukit Matanoi di mana peserta aktiviti hiking bukan sahaja berpeluang menyaksikan pemandangan indah di sepanjang laluan menuju ke puncak bukit malah juga mengajar mereka untuk memupuk semangat bekerjasama di antara sesama mereka sehinggalah tiba ke puncak.

Selain merakam gambar pemandangan indah dari lereng sehingga puncak bukit, mereka turut membuat rakaman video demi memastikan kembara mereka itu bukan sahaja menjadi bahan untuk imbauan masa lalu malah juga untuk ditatapi generasi mereka yang akan datang.

Dipaparkan di sini salah satu rakaman video yang diupload ke akaun YouTube Sejagat Channel mengenai aktiviti hiking yang dijalankan sekumpulan rakan baik di Daerah Keningau.

Selamat menonton!ūüĎćūüíěūüá≤ūüáĺDan jangan lupa untuk Like dan Subscribe Sejagat Channel.

SATU UNTUK ALBUM ~ Merakam gambar kenangan setelah berjaya menakluk puncak bukit yang mereka jalankan melalui aktiviti hiking.