Apakah nilai diri kita.

Bagaimana kita nak ukur. Pandangan setiap orang pada kita tak sama.

“How can we know our value?” Dahsyat juga soalan. Apatah lagi muncul masa nak naik pentas.
.
Saya fikir sebentar. Macam mana nak jawab. Tarik nafas sekejap. Muncul idea.

mulan dengan cerita ini

“ayah ingat cerita powerful ni.”
.
Ada seorang bapa ni. Dia sakit. Terpaksa duduk di hospital. Dia tahu dia nak mati. Orang lain pun tahu.
.
Ada seorang anak dia selalu teman dia kat hospital. Tapi muka anak dia moyok saja. Hilang seri. Macam ada masalah.
.
Si Bapa dalam sakit dok perhati saja. Satu hari dia panggil datang dekat. Dia tunjuk kat anak dia jam lama.
.
Si Bapa sebut dulunya ayah si Bapa bagi jam ni kat dia. Ayah dia dapat dari datuk si Bapa. Turun menurun.
.
Si Bapa sebut dia dah pasti berapa lama dia akan hidup. Dia nak bagi jam tu kat anak dia ni.
.
Anak dia tengok jam tu. Jam lama. Nampak buruk.
.
Si Bapa sua jam pada anaknya. Si anak ambil. Belek.
.
Si Bapa sebut. Kalau nak tahu nilai jam ni cuba pergi tanya kat kedai jam digital depan hospital ni. Nanti datang balik.
.
Si anak pergi. Berlari lari. Sebab tak sanggup tinggal ayahnya seorang.
.
Sampai di kedai jam dalam keadaan tercungap dia bertanya pada pekedai “berapa harga jam ni kalau dia nak jual?” sambil hulurkan jam.
.
Pekedai itu ambil. Belek sekejap. Sambil geleng kepala dia kata “susah nak jual ni. 5 dollar saja.”
.
Si anak terkejut dengan tawaran pekedai. Diambil jam. Dia ucap terima kasih. Berlari semula dia ke hospital.
.
Sampai di hospital si Bapa bertanya “berapa tawaran jam ni?
.
“5 dollar saja” jawab si anak sambil tunjuk wajah tidak puas hati.
.
“Tak pe” kata si Bapa. Sekarang cuba jual di tepi jalan.
.
Si anak termenung sebentar. ‘Nak jual di mana?’ Dia monolog sendirian.
.
“Baik. Saya pergi sekarang!” Kata si anak penuh semangat.
.
Dia cuba jual di depan hospital. Kawasan yang ramai orang lalu lalang.
.
Dia jerit “jam untuk dijual. Jam untuk dijual.!” Orang lalu sekadar lihat. Tiada yang dekati. Ada yang tidak peduli.
.
Dua jam dia cuba jual. Tiada respons. Dia kecewa.
.
Si anak kembali ke bilik si Bapa. “Tak ada oramg minat. Langsung tak tanya!”
Kata si anak sambil mendengus marah.
.
Si bapa hanya senyum. “Pergi ke kedai antik esok sebelum datang ke sini. Tengok apa kata mereka pula.”
.
Si anak angguk.
.
Esoknya dia pergi ke kedai antik waktu kedai baharu dibuka.
.
Dia tunjukkan jam pada pemilik kedai. Pemilik kedai ambil dengan berhati hati. Dia belek. Keluarkan kanta pembesar. Ada masa dia dekatkan kanta dengan jam. Ada masa dia jarakkan.
.
Bersungguh si pemilik periksa jam. Lama masa diambilnya. Setelah selesai dia pandang pada si anak.
.
“Berapa kamu mahu jual?” Tanya si pemilik kedai antik.
.
Si anak tidak jawab. Dia soal “berapa tuan mahu beli?”
.
“Untuk jam antik ini saya sanggup tawarkan 200,000. “
.
Si anak diam. Dia hanya pandang wajah pemilik kedai.
.
“Baik 350,000” kata si pekedai .
.
Tiada jawapan dari si anak. Dia hanya terkebil kebil pandang si pemilik kedai.
.
“Ok last. Saya bayar 500,000” tawar si pemilik kedai serius.
.
Habis sahaja kata si pemilik kedai si anak terus ambil jam dan berlari keluar. Berlari ke arah hospital.
.
Sampai di bilik si Baa si anak menjerit “kedai antik nak beli 500,000!” katanya tanpa peduli jururawat yang ada dekat dengan bapanya.
.
Bapanya senyum. Bangga mungkin.
.
Dia sebut. “Macam tulah hidup kita. Tak semua oramg dan tempat pandang tinggi pada kita. Hanya yang berkualiti tahu kualiti kita .”
.
Si anak hanya pandang.
.
Si Bapak sambung “you to me just like the antiqui dealer valued antiques. You are my 500,000 dollar”
.
Si anak menangis teresak esak. Terus menerpa dan peluk si Bapa.
.
“Thanks dad for seing me the way I am!” Kata si anak.
.
Saya pesan pada Akhyar. Tidak perlu terkesan dengan nilai yang orang beri. Hanya jauhari mengenal manikam. You too are my 500,000 dollar worth antique.
.
Kredit Dr Rizal

Dapat sesuatu?

Sila Share, nilai diri kita meningkat setiap kali seseorang dapat kebaikan dari kita.
https://t.me/rahsiamagnetkekayaan