Doa Terbaik sempena Ramadan ~ perkongsian from my big brother Datuk WAN…

CNP.
As salam…
Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi? JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita semua.
💚💚🌸💚💚🌸💚💚🌸💚💚
MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada-Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya ‘alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar daripada semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdir-Mu.
Ya Allah..takdirkanlah yang baik- baik untuk diri kami, Janganlah Kau menguji kami pada apa-apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepada-Mu.
Ya Allah..ampunkanlah segala dosa-dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada-Mu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat,
kami ingat pada-Mu apabila ditimpa sakit,
Kami lupa pada-Mu ketika senang,
kami ingat pada-Mu apabila datang kesusahan.
Kami lupa kepada-Mu pada saat kami gembira,
Kami ingat kepada-Mu ketika sedih dan kecewa,
Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati-Mu ketika usia sudah tua,
..justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingati-Mu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa- dosa kedua-dua ibu bapa kami,. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami…Kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurga-Mu ya Allah.
..ya Rahman…pada setiap keringat yang mngalir pada tubuh ayah kami dalam mcari rezeki kepada keluarga kami…Kau gantikanlah dengan keampunan yang menbawa ke syurga-Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan.
..Justeru kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurga-Mu ya Allah…..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai.
…apabila tiba pula giliran kami menuju alam barzakh-MU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik- baik…dalam keampunan dan rahmat-Mu Ya Allah…

Ya Allah Ya Azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya Rahman…Ya Rahim..
Jika ada dalam kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka,
Jika ada dalam kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka.
Jika ada dalam kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka.
Jika ada dalam kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar mereka dapat beribadah bersama- sama kami.
Jika ada dalam kalangan kami, mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau terkurang dalam melayani ibu bapa mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti..
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya ‘Alim…

Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengann rezeki itu kami semakin dekat dengan-Mu..
Sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaan-Mu.

Ya Allah….

Bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami,
..Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan,
..Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.
.. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami,
.. dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami daripada segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah…
…Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…

Tapi, Andai ini Ramadhan yang terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang-Mu.

Ya Allah…jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa- dosa kami..
Ya Allah…temukanlah kami dengan Lailatul qadr…pilihlah kami dalam kalangan hamba-Mu yang dapat beramal pada malam al-Qadr….
Ya Allah..
..terimalah amalan kami.
..terimalah taubat kami.
..ampunkanlah segala dosa kami.
…amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi.
… kurniakanlah kepada kami syurga-Mu yang maha luas nikmatnya…
..anugerahilah kami dengan syurga Firdaus- Mu Ya Allah..

Aamiin aamiin aamiin..
Ya rabbal’aalamiin.💚💚💚.