Kunci kesihatan seseorang sebenarnya bergantung pada kelancaran peredaran darah dalam badannya, jika aliran darah tersekat atau tersumbat, penyakit akan mudah untuk timbul, antaranya seperti rheumatik, sakit pinggang, gout dan badan mudah letih.

Masalah-masalah ini dapat diatasi menggunakan halia merah.

Selain itu rimpang halia merah juga dapat melegakan saluran pernafasan, menambahkan air susu ibu, mengembalikan selera makan, meredakan batuk dan selesema, serta meningkatkan kualiti kehidupan seksual.

Untuk mengubati batuk kering dan perut mulas, halia merah boleh dikunyah langsung atau dengan cara diperah dan diminum airnya, lakukan sebanyak tiga kali dalam sehari, selama tiga hari berturut-turut atau sampai gejala penyakit reda.

Untuk mengatasi luka atau melecet, cukuplah dengan cara menampalkan halia merah yang ditumbuk pada luka.

Hal sama juga dapat dilakukan pada luka-luka, terkena duri dan gatal-gatal, khasnya pada luka terkena gigitan ular, caranya tumbuk halia merah kemudian dibubuh sedikit garam dan seterusnya dilekatkan pada luka tersebut.

Pengganti Viagra

Tanpa melalui proses sintetis, halia merah sememangnya telah kaya dengan kandungan kimia, seperti unsur 1, 8 cineole yang berperan mengatasi ejakulasi pramatang, sementara anestetik antikholinesterase mampu merangsang aktiviti saraf pusat dan merangsang ereksi.

Selain merangsang ereksi dan mengatasi ejakulasi pramatang, mencegah kemandulan dan memperkuat daya tahan sperma.

Unsur farnesal yang terkandung dalam tanaman ini juga mampu mencegah proses penuaan kerana ia berperan merangsang regenerasi sel kulit.

Untuk menambah gairah seksual, Anda dapat mencampur jahe dengan lengkuas, mengkudu, lada, telur ayam kampung dan sedikit garam.

Caranya: tumbuk halus lengkuas, halia merah dan lada. Kemudian air perahan buah mengkudu masak ditambahkan pada air rebusan. Setelah itu, campuran ini ditapis hingga menjadi satu gelas air ramuan, tambahkan garam kemudian kacau hingga sebati.

Segelas ramuan ini kemudian dibahagikan pula kepada dua bahagian, masing-masing ditambahkan dengan sebiji kuning telur ayam kampung, kemudian kacau hingga sebati dan ramuan ini sedia diminum oleh suami dan isteri yang memerlukannya. Jika mahu boleh juga ditambahkan dengan madu lebah.

Kami sendiri di Herba An-Nabaat juga menyediakan “Ramuan Khas” bagi mereka yang menghadapi masalahan kesihatan berkenaan seksual seperti meningkatkan ghairah seksual, masalah kesuburan dan mati pucuk.