Sebarkan kebaikan!…from my big brother Mus

Assalamualaikum
Sahabat2 Syurga ALMIZAN.
Sebarkan kebaikan …
.
Sekadar utk amalan harian
.
Ustaz, apa amalan yang boleh kita buat supaya masalah covid 19 sekarang ini boleh hilang? Atau kalau tak hilang pun, kita tidak akan terkesan dengan kesan c19 ini?”, tanya salah seorang jemaah selepas solat Subuh pagi tadi.

Ok, dengar sini elok-elok ye.

c19 ni boleh hilang dengan banyak cara. Salah satu caranya ialah dengan amalkan sop jg kebersihan. So, macamana?

Langkah yang paling powerful untuk bagi hilang ialah dengan memperbanyakkan menyebut kalimah ISTIGHFAR.‼️‼️‼️

Ilmu ini saya ambil terus dari Al-Quran, Surah Nuh, ayat 10 hingga 12.

أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم

Ye, betul. Kalau kita semua pakat-pakat ramai-ramai ucap istighfar, insyaAllah rahmat Allah akan turun dengan banyaknya.

Istighfar ni bukan saja boleh menurunkan rahmat, tapi ada lagi 4 khasiat yang sangat istimewa :

Kalau kita nak kaya, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menambahkan harta benda kita.

❤ Kalau kita nak anak, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan meramaikan anak pinak kita.

❤ Kalau kita nak tanaman kita tumbuh dengan subur, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menumbuhkan tanam-tanaman kita dengan subur.

❤ Kalau kita di musim kemarau pula, sungai mungkin kering, maka banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, sungai akan kembali mengalir.

Jom kita amalkan istighfar, tidak kira masa, tidak kira ketika. Jadikan ia wirid di bibir kita.

Masa kemas rumah, istighfar. Masa memasak, istighfar. Masa drive, istighfar. Masa main, istighfar. Masa berehat, istighfar.

Kalau kita tak dapat pun 5 kelebihan istighfar seperti yang saya tulis di atas, sekurang-sekurangnya, dosa kita akan diampunkan oleh Allah SWT.

*Kan istighfar tu permohonan ampun?

Dapat sesuatu hari ini kan?

? share supaya lebih ramai orang akan istighfar hari ini dan hari2 seterusnya .

Bayangkan, kalau 100 orang yang baca posting ni share pulak kat 100 orang lagi. Kita dah ada 10,000 orang yang akan istighfar petang ni.

Kalau 10,000 orang tu pulak share lagi kat 10,000 orang yang lain? Kita dah ada 100,000,000 orang yang akan istighfar pagi ini…

INSYAALLAH TAALA
*Aamiin

  • Intai peluang, apa lagi kebaikan yang boleh dibuat?